Saturday, January 16, 2010

Tekak o tekak

Adoi!!
sakit gila tekak ni..
sejak ICT roadshow aritu, mata dah sakit2
ku fikir mungkin kerana tak cukup tidur dek siapkan video korporat
sekarang tekak pula yang jadi hal
Kenapa? bukan anak tekak yang sakit.
Ni dah macam kena tonsil
Mata pula sudah kembali sakit
Dan selsema pula mendatang
Macam nak demam
Esok kena p klinik ni..adoiii

Hari Minggu

Hari minggu kali ini ku habiskan masa bersama cukcam n adiknya di Hutan Bandar.
Since cukcam looks so bored, aku pun mengajak mereka ke hutan bandar.
Dia sangat teruja pabila melihat playground di sana sini.
Secara tak langsung aku pun membawa diriku ke zaman kanak2.
Sangat suka bila join dengan kanak2 ni. Diri kita terasa muda walaupun umur dah menjangkau 23 tahun.
Huhu. Teringat zaman kanak-kanak di mana aku n anak2 aunty rafiah selalu menghabiskan masa di situ.
Tak banyak perubahan di situ.
Tapi, aku tetap suka dengan suasana di situ.
At least, eeiman dapat melupakan kesakitan yang ia rasai skang. Sakit tuttttttt ;p

Friday, January 8, 2010

Photofunia

Aku suka bangat tentang semua berkenaan editing pictures. Tak tahu la kenapa? Mungkin aku dilahirkan dengan berjiwa seni. Dulu, sewaktu masih belajar di U, kawan-kawan semua tahu aku memang gila edit gambar. Pantang kalau ada 1 event, aku akan ambil gambar dan edit hari tu juga. Aku sanggup beli kamera digital dengan duit sendiri (padahal duit ciput je) hanya untuk mengambil gambar.

Kali ini kita akan ketahui tentang PhotoFunia. Ilham bermula pabila terlihat gambar yang telah di edit oleh kak Farah Quraisyah;)

Walaupun kini agak slow edit gambar (disebabkan agak sibuk dengan kerja) aku tetap tak lupakan hobi aku yang sememangnya datang dari mana aku pun tak tahu. Mungkin sebab abang sulung aku (Abang Ajax Fabuloso) tu yang gila kamera dan kini sah menjadi photographer. Mungkin 1 hari nanti aku juga ini menjadi seperti dia (Role model la). Tentu dia kembang semangkuk nanti. ;p

PhotoFunia ni sangat cool kerana ianya bukan seperti editing pictures yang lain. Sebagai contoh, photoscape, ulead, picnik.com semuanya memerlukan kreativiti sendiri untuk meng edit gambar. PhotoFunia bagus untuk golongan beginners. Akan tetapi, ia edit gambar dengan menggabungkan real picture. Tiada tambahan untuk kita letak effect n so on. Nama pun untuk beginner kan.

Korang semua boleh tahu lebih lanjut di

Selamat Mencuba!

p/s: Antara contoh hasil dari editing Photofunia yang sempat aku buat..



Sunday, January 3, 2010

2010

Azam baru bermula walaupun sudah 3 hari tahun baru tiba. Ah..tak kisahlah..ada apa dengan tahun baru? hanya sekadar nombor sahaja. Yang pasti, tahun baru ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sudah. Ku harapkan tahun ini aku berdoa agar rezeki lebih melimpah diberikan oleh-Nya. Amin..

Banyak yang difikirkan untuk tahun baru ini. Yang pasti:

KERJA.
Aku harapkan dapat kerja yang lebih baik dan lebih relevant dengan subject course aku. Bukan nak kata tak reti bersyukur. Tapi kujadikan kerja sekarang ni lebih sebagai pengalaman. Nak tahu kenapa? Sebab ia jauh lari dari field aku. Aku sendiri tak sangka sampai ke situ. Huhu. Tak mengapa. Ujian dari-Nya. Jikalau ada rezeki dari-Nya untukku tahun ini. Aku bersyukur yang amat kepada yang Esa. Kalau dapat kerja yang TETAP sangat2lah aku bersyukur. Semoga doaku dimakbulkan. Amin

I'M NOT A GIRL NOT YET A WOMAN
Haha. Memang sesuai rasanya tajuk tu. Sekarang ni pun. Tengah belajar2 untuk menjadi seorang wanita yang baik dan solehah. Amin ;)

SAVING
Oh..inilah yang paling sakit bila difikirkan. Saving is a MUST. Kalau tak ada disiplin diri. Memang hanyut da..Sebab sekarang dah banyak tanggungjawab untuk sekarang dan masa depan. Huhu. Akanku gagahkan diriku untuk buat simpanan lebih dari sekarang. InsyaALLAH

LOVE
Belajarlah untuk menerima seadanya ;)

Chiow for now. Esok keje. Lalala~~kerja lagi kerja

Friday, January 1, 2010

movie 3d

guys, tau x kt jb ade ke wayang 3d?

excited nk tgk AVATAR 3d la

lau kt kl tu tau la..huk3